aku sangatlah berada di dalam neraka bahasa. apa pasal la so thomas superman ni tak paham-paham aku cakap apa? apa pasal pakcik helmut sibuk boleh saja paham apa yang aku cakap? aku rasa gemen aku tak la macam orang afrika atau gabun, sepatah haram i dun understand. tapi setiap kali aku nak cakap kat si superman ni, die asik blanko. tensen la aku macam ni!!
walau pun begitu nasib baik aku buleh cakap inggeris. dan nasib baik jugak encik superman serta rakan-rakan sekerjanya buleh berbahasa inggeris karena kampeni praktikalku sekarang merupakan kampeni dibawah naungan amerika syarikat. sungguh pon begitu, aku kena juga menghebatkan diri untuk berbahasa gemen demi 5 tahun yang akan datang ini. aigoo, sesungguhnya aku fedap yang teramatlah sangat sehinggakan di tengah-tengah ayat gemen aku, aku terus masuk inggeris dan menghabiskan ayat aku sepenuhnya dalam inggeris. kadang-kadang terasa juga kebodohan maksima diri ini. terutamanya apabila aku terpaksa menerangkan masalah alat-alat menggunakan bahasa teknik. aduh. bengong sungguh kepala aku. aku budak baru belajar, mana tahu bahasa teknik. pening la hoi.
tapi sekurang-kurangnya aku tak pernah memalukan diri aku sendiri di hadapan encik timi oldskul yang comel itu, mahupun encik stefan kerek(yang sebenarnya kelaka la jugak). eh, cop! oooo pernah! depan tim. oh ya, dia pernah menolong kami menyelesaikan satu masalah main board karena boss kami sudah pulang ke rumah. sebelum itu aku dan yani bermain bingo dan aku si buduh telah menulis nombor-nombor serta perkataan BINGO itu dengan marker pen. semasa sedang menyelesaikan masalah, aku melihat ekor matanya (yang sangat besar dan berwarna biru itu) sedang meneliti sesuatu. ku lihat apa itu? rupa-rupanya kertas BINGO ku yang seterang dan sebesar gajah itu!!! ishhh... malu la. so much for making an impression.
hmm, tape lah. memandangkan encik timi masih lagi suka bertegur sapa, serta menyedekahkan senyuman, aku suka. aku suka. aku suka. sangat suka mata besar warna biru itu.
oleh itu, aku suka kampeni aku. walaupon aku di dalam neraka bahasa.
tapi aku saspek aku ternampak rambut putih atas kepala timi. penyiasatan susulan akan dilakukan selepas ini.
Eh hello! I'm back kekekekeke
3 months ago
0 comments:
Post a Comment