aku tak faham kenapa kebanyakan lelaki terutamanya lelaki melayu suka mengamalkan double standard.
kalau perempuan cakap banyak, lelaki kata bergosip.
kalau lelaki cakap banyak, kata 'we're doing some catching up'.
tapi kalau dapat perempuan tak happening, tak bercakap, kata buhsan.
kalau perempuan suka membeli belah, lelaki kata materialistik.
tapi lelaki pon tak bulih tahan tengok tanda sale, terutamanya pada jersey-jersey, barangan nike atau pon yang sewaktu dengannya.
dan ada hati hendak perempuan pandai dressing, kalau tak, kata selebet, kampung dan sebagainya.
kalau perempuan leleh air liur sikit tengok pelakon lelaki hollywood, kata perempuan ni memilih. dan bulih bising pulak kalau perempuan risau dengan berat badan.
padahal lelaki muka nak pecah rumah pon nak perempuan kurus, sexymeksi, seboleh bolehnya muka ada pan-asian.
yang paling teruk golongan yang suka menghina depan-depan mengatakan perempuan gemuk.
dalam hal-hal sebegini, siapa yang bersalah meletakkan standard-standard ke paras yang lebih tinggi?
tapi seperti yang dikatakan sebelum ini, KEBANYAKAN lelaki. tapi kalau ada yang terasa bahang, saya tidak bermaksud untuk mencakar balarkan ego anda.
cheerios y'all!
Eh hello! I'm back kekekekeke
3 months ago
0 comments:
Post a Comment