Saturday, 14 April 2007

6 things about me


instead of 6 weird things, i decided 6 things about me that makes me authentic is even more appropriated. hari ni baru ada mood mahu taip.

1. benci uberhyped stuff. no offence to the whole world - but seriously, friendster, rock the world gigs, akademi fantasia dan yang seketurunan dengannya macam 'lame' nak mampos. bukan aku nak meluahkan perasaan yang berbaur keji ini, tapi sesungguhnya wahai rakyat malaysia, marilah kita beramai-ramai menaikkan taraf citarasa masing-masing. aku nak mengutuk bukannya aku tak tengok AF tu, aku tengok. tapi setiap persembahan aku tak tahan lebih daripada 3 minit. PITCHY siaaaalllllll!!! bukannya aku nak cakap suara aku ni sedap sangat, tapi sebab aku tahu suara aku tak sedap aku tak pegi menyanyi. walaupun dengan ilmu muzik aku yang berperingkat amatur ini, aku masih bulih menilai dengan KONFIDEN betapa flat atau sharp atau instable atau bervibrato hampasssssss suara peserta-peserta yang tidak berbakat tersebut. lawak aznil pon lame. sorry again to the whole world.

2. boleh duduk depan komputer berjam-jam. bak pandangan wallpaper aku ;



3. obsesi aku terhadap sesuatu benda/orang tidak dapat dipadamkan dengan mudahnya. mahupon begitu aku hangat-hangat tahi ayam sekiranya wujud suatu azam yang baru.

4. aku merasakan sesuatu yang berbaur euforia sekiranya aku mempunyai luka luaran. ala-ala masochism.

5. find talented/genius but psychotic people extremely fascinating. contoh;
  • Tyler Durden - founder of Fight Club
  • Jean-Baptiste Grenouille - murderer/perfume genius
  • Miss Darling - psychotic mum, who loves her son- Loverboy - oh so much
  • Hannibal Lecter - need i say much?
  • Mr. Ripley - too commercial to explain..
dan lain-lain yang sebangsa dengannya.

6. empathetic and hypocrite at the same time. sebab kadang-kadang aku kesian kat peminta sedekah, tapi aku paling muka ke arah lain, dan tidak memberi sedekah. dan itu membuatkan aku seorang yang sangat hipokrit.

0 comments:

Post a Comment

 

i see butterflies with pistols Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Distributed by The World's Hardest Game © 2008