huii aku betul-betul tak paham tau. apsal kan, bila aku sungguh bersemangat waja nak ke kelas, ada ja halangan menanti.
meh aku bitau dengan banggonya. last week kan, attendance aku pergi kelas betul-betul full. tak ada satu kelas pon aku tuang. lepas tu aku ingat nak pergi la joli kat amsterdam kejap. ala stay sana dua tiga jam ja. semata-mata nak makan seafood fresh murah. tapi sebab asyik berkejar-kejar serta berjalan-jalan dengan banyak sekali di muenster akan kerana persediaan bbq, maka otot betis aku rasa macam nak putus macam getah expired. balik-balik depade muenster, sekali aku tengok tayar belakang beskal aku kempis. wuiii, dah la aku rasa nak muntah dok dalam bas nak dekat 3 jam, otot kaki aku rasa cam nak putus, naik beskal pulak kena slow mo. kalo letak keta lembu sebelah aku, konpem aku kalah.
aku ingat pergi pam tayar kat kedai minyak kira setel ah masalah. memang setel pon. hari tu je la. esoknya hari senin aku nak pi kelas aku tengok die kempis balik. selow mo lagi aku bawak beskal pegi. singgah kedai minyak lagik. dia takmo naik. abis aku bawak la seiring dan sejalan beskal aku tu sejauh 5 km dengan perasaan sakit hati dan sakit kaki. nak bawak pergi kedai tak bulih aku dah lambat. dalam hati aku kata, 'wokey lized, sodh ba ro. saje je ni, test, nak pi kelas, dugaan macam gini, dapat pahala banyak wo.'
dah la masa dalam kelas aku lost gila. aphal la cikgu ni cakap cepat gila. macam syok sendiri. menyampah aku. satu verb pon aku takle nak tangkap. tibak datang period pain lagi aku menyampah. sakit perut ada, sakit pinggang ada, nak muntah pon ada.
kelua je kelas aku pandang tayar beskal huii rasa cam nak campak ja masuk belukar. tapi sebab berat. dan aku sakit perut, sakit pinggang, dan sakit kaki. dan lapa. so aku seiring sejalan dengan beskal pujaan hati aku itu. singgah la lagi kedai minyak cuba nasib mana tau kot-kot dia mau naik. sebab bocholt ni kecik aku saspek semua kedai minyak utama telah aku singgahi semata-mata sebab taya bodo satu tu. dia takmo jugak naik. maka aku berjalan lagi 2 km ke innercity aka pekan dengan periet pain dan otot sengal. kat mulut aku 'sodh ba ro. sodh ba ro'. dalam hati, 'celaka kau tayar. yish fuckety fuckety fuck!'
sampai kat kedai kan, orang tu kata warranty aku tak bulih nak selamatkan tayar. so aku kena baya nak dekat 30 euro. semata-mata taya pecah tu?? aku angguk je la. malas nak layan. bila aku bulih dapat balik beskal mengada-ngada tu? dia kata hari kamis.
hah?? habis aku nak naik apa pergi kelas ni? (cewah. dengan penuh berkobar-kobar aku mahu pergi kelas)
jawapannya.. aku mesti bangun pukul 5.30 pagi mandi sebab housemate aku ada policy kena bangun 1 hour and a half before klua rumah. so kalo klua rumah 7.30 dia bangun pukul 6. aku slalu bangun pukul 6.30 tapi sebab transportation malfunction maka aku kena setel mandi before dia mandi. sebab bas aku naik pukul 6.58am. mana sempat kalo bgn pukul 6.30. bukan tu aja, setakat jauh 5 km tu pon aku kena tuka-tuka bas. itulah bodonya public trenspot kat bocholt ni.
maka aku pon tak pergi kelas pagi tadi, sebab aku malas betul nak layan ujian ini. keh keh.
tapi dengan semangatnya aku dah siap-siap sapu choc spread kat roti so esok aku bulih telan ja. oh syit betul dah pukul 10.45pm. dah kang esok aku tak bangun.
Eh hello! I'm back kekekekeke
3 months ago
0 comments:
Post a Comment