aku sedih gila.
1) ermm The News. pecah hati, okay?
2) semenjak dua tiga tahun ni, aku tak boleh tido kalau esok aku ada paper exam. macam-macam. contohnya, aku bergolek-golek selama 1-2 jam sebelum lelap mata. atau aku akan bangun hampir setiap jam. ataupun yang paling seksa - mimpi ngeri.
3) semalam aku mimpi ngeri sekali lagi.
mimpi bermula dengan seronok sekali. aku dan beberapa rakan (x hingat muka tapi berkemungkinan tinggi glace kerana aku rasa aku ingat muka amyan kahkah) pergi bercuti ke suatu tempat yang rupanya seakan-akan sepanyol/greek - kerana manusia bulih melepak di atas bukit sambil melihat laut. ah susah benar nak memperumpamakan pemandangan tersebut. apa yang aku ingat, selepas itu aku dah bersiap sedia hendak terjun masuk kolam renang, tapi 3 saat sebelum aku mengangkat kakiku untuk menjunam, tiba-tiba ada makhluk menyuakan satu kertas soalan. aku harus mengira bagaimana untuk melakukan penjunaman yang paling berkesan. dan terdapat coretan seperti cos ß sin ß entah hapa momentum pusingan dan lain-lain. benci betul. hati pedih. dan aku tidak bulih berenang kerana aku tidak tahu menjawab soalan tersebut malahan itulah pertama kali aku melihat soalan begitu ropa. jahaaaaat jahaaaat!! dan mimpi ku diakhiri dengan menyaksikan beberapa mat salleh sedang 'snorting some coke'. (tak tau dalam bm apa)
4) need i say more?? paper mechanik hari ni. tak boley jawab..
Eh hello! I'm back kekekekeke
4 months ago
0 comments:
Post a Comment