Thursday 21 June 2007


pernahkah anda mempunyai barang yang anda dapat/jumpa/secara kebetulan berada di dalam pencil box anda semasa waktu sekolah dahulu? iyah saya ada. hehe.

sebatang pencil mekanikal berwarna hijau. saya pon tak pasti macam mana pencil itu bulih menjadi kepunyaan saya. mungkin saya pinjam daripada rakan saya dan terlupa untuk pulangkan. mungkin ada orang yang terjumpa pensel itu dan mencampaknya kedalam pencl box saya yang besar dan menyerupai beg mekap itu. atau mungkin kerana meja saya selalu sangat bersepah dan semua sampah masuk dalam beg saya (yang berwarna putih-lama-lama-jadi-kelabu itu).

aaah walau atas apa-apa sebab pon, pensel itu telah menjadi barang kegemaran saya. saya rasa saya akan teramat sangat sedih sekali sekiranya saya hilangkan pensel itu. walaupun saya tidak pernah tahu brand apakah pensel itu - sebab batang brand pensel itu telah patah sejak pertama kali saya terpandang ia. nasib baik saya memegang pensel tersebut semasa beg saya dicuri di KBU. (walaupun saya pecah hati jugak kerana graphic kalkeleter TEXAS saya hilang lesap tanpa bayang).

apa yang saya cuba ketengahkan ialah - takkan hilang SSP selama saya bersama pensel itu. dan barang free memang saya simpan elok-elok. heheh.

0 comments:

Post a Comment

 

i see butterflies with pistols Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Distributed by The World's Hardest Game © 2008